SEJARAH PENUBUHAN

Marcom X Club telah ditubuhkan pada 7hb Januari 2012 dan dianggotai 7 orang ahli dengan 7 kepelbagaian aktiviti.

Di awal idea penubuhan, kelab ini dicadang untuk ditubuhkan sepertimana NGO yang berkonsepkan sistem khalifah atau wujudnya hierarki dalam sistem keahliannya. Namun, idea baru dirangka setelah hal ini dicetuskan oleh Sdr. Syakirin dan Sdr. Hermen.

Dalam idea baru hasil keputusan perbincangan yang dibuat, kelab ini diubah konsep penubuhannya kepada konsep sukan, rekreasi dan kebajikan. Hal ini amatlah perlu untuk mengelakkan perkara berikut:

1. Wujud perbezaan politik
2. Wujud perbezaan kaum, agama dan budaya.
3. Wujud perbezaan hierarki.
4. Wujud sistem perniagaan dan pelaburan.
5. Wujud operasi perjudian dan maksiat.

Namun begitu, aktiviti utama dalam kelab ini lebih menjurus kepada program sukan hutan dan air serta pengajian Senibeladiri. 

Dengan tercetusnya idea baru ini, diharap MarcomX Club dengan jayanya dapat disertai dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama

VISI KELAB

Visi MarcomX Club adalah seperti berikut:-

1. Mengeratkan perpaduan di kalangan ahli melalui kegiatan sukan, rekreasi dan kebajikan.
 
2. Membimbing dan meningkatkan mutu serta semangat kesukanan di dalam golongan remaja dengan golongan dewasa tanpa mengira berbezaan kaum, bahasa atau taraf hidup.
3. Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial untuk mengeratkan pertalian silaturahim di antara ahli-ahli dan masyarakat.
4. Mengadakan kegiatan kebajikan di antara ahli-ahli seperti hari keluarga, majlis perpisahan, majlis keramaian dan sebagainya, dan
5. Sebagai alternatif pada ahli-ahli dari pengaruh aktiviti negatif.

 
-